Sime Darby kenalkan jentera baru

Sime Darby kenalkan jentera baru

Oleh Salawati Haji Yahya & Yusrin Junaidi

Gambar oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Mac – Lebih daripada 50 orang peniaga yang terlibat dalam bidang kontraktor hari ini menghadiri Hari Pelanggan Sime Darby Industrial (B) Sdn Bhd yang bertujuan untuk mengenali dengan lebih dekat jentera berat baru Caterpillar 320D2 GC yang diadakan di syarikat tersebut di Beribi.

Ketua Pegawai Operasi Sime Darby, C.K. Teoh menjelaskan, majlis tersebut menandakan hasrat Sime Darby untuk mengembangkan, seterusnya memperkenalkan jentera berat baru jenama Caterpillar di negara ini.

Beliau seterusnya menambah, bahawa syarikat tersebut memberi jaminan kepada pelanggan pada tahun akan datang, dan akan terus memberi sokongan serta komitmen yang lebih baik dalam standard industri.

Ini dapat dilihat, jelasnya, pada tahun lepas Sime Darby telah membuat pelaburan semula untuk menaik taraf kemudahan, kapasiti dan keupayaan yang membolehkan mereka berkhidmat dengan lebih cekap di negara ini.

C.K. Teoh berharap Hari Pelanggan akan dapat mengeratkan lagi hubungan antara pelanggan dan rakan kongsi.
C.K. Teoh berharap Hari Pelanggan akan dapat mengeratkan lagi hubungan antara pelanggan dan rakan kongsi.
Jemputan khas, pelanggan dan rakan kongsi hadir pada Hari Pelanggan Sime Darby.
Jemputan khas, pelanggan dan rakan kongsi hadir pada Hari Pelanggan Sime Darby.

Dengan adanya Hari Pelanggan ini, Sime Darby akan memberi peluang kepada peniagaan untuk mengetahui perkhidmatan yang ditawarkan dengan lebih terperinci lagi.

Majlis yang diadakan selama sehari itu turut diserikan dengan pelancaran jentera Caterpillar 320D2 GC baru oleh C.K. Teoh dan Pengarah Cawangan Operasi Sime Darby Industrial Sdn Bhd, David Low di samping turut mempamerkan beberapa modal CAT untuk tontonan pengunjung.

ARTIKEL YANG SAMA