Simeone: Jangan membazir peluang

Simeone: Jangan membazir peluang

EINDHOVEN, Belanda, 24 Feb (AFP) – Jurulatih Atletico Madrid, Diego Simeone mengakui saingan Liga Juara-Juara musim ini adalah peluang terbaik buat skuadnya untuk menjulang trofi berprestij Eropah itu tetapi dia tetap dengan pendirian untuk fokus terhadap satu demi satu perlawanan.

Kelab Sepanyol itu kini di Belanda bagi menghadapi aksi pertama pusingan 16 terbaik menentang PSV Eindhoven, awal pagi nanti dengan misi menebus kekecewaan tewas di tangan Real Madrid dalam aksi final 2014.

Atletico kini di tangga kedua Liga Sepanyol tetapi ketinggalan lapan mata di belakang pendahulu, Barcelona manakala mereka adalah pilihan untuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara menjelang pertembungan di Stadium Philips.

“Untuk mara ke final kamu akan kurang menghadapi perlawanan berbanding untuk menjuarai liga dan selepas sangat hampir dengan apa yang kami capai pada 2014, objektifnya menjadi lebih besar.

Simeone mahu anak buahnya fokus semasa menentang PSV Eindhoven pada pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara, esok. – Reuters
Simeone mahu anak buahnya fokus semasa menentang PSV Eindhoven pada pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara, esok. – Reuters

Namun, kami tidak boleh lupa yang kami perlu fokus satu demi satu perlawanan,” kata Simeone.

Atletico hanya tewas sekali dalam sembilan perlawanan liga sejak Krismas dan ia hadir ketika berkunjung ke Barcelona.

Kekuatan utama mereka adalah memiliki benteng pertahanan yang kebal dan ia terbukti apabila mereka seri 0-0 dengan Villareal dalam perlawanan Ahad lalu.