Simeone mahu bawa pulang trofi

Simeone mahu bawa pulang trofi

MADRID, 25 Mei – Diego Simeone berazam untuk meletakkan kemuncak pembangunannya terhadap pasukan Atletico Madrid dengan memenangi Liga Juara–Juara pertama kelab itu, yang akan diadakan pada Sabtu ini menentang pesaing Real di Milan.

Liga Juara–Juara adalah satu–satunya trofi yang belum ada dalam kabinet Simeone, selepas membawa kelabnya ke kejayaan Liga Europa pada 2012, Piala Sepanyol 2012 dan Liga Sepanyol 2014.

“Hari Sabtu adalah hari penting bagi Simeone. Ini mungkin hari apabila dia melengkapkan pemulihan semula terhadap Atletico dengan memberikan Liga Juara–Juara pertama kelab itu,” kata Radio Marca.

Simeone hampir memberikan mahkota Juara–Juara pertama Atletico dua tahun lalu di Lisbon. Pasukannya yang bekerja keras menewaskan Real 1-0 dengan perlawanan hanya berbaki dua minit pada masa kecederaan, apabila Sergio Ramos menanduk masuk jaringan penyamaan bagi Real, yang menewaskan Atletico 4-1 pada masa tambahan.

“Ia begitu kejam bagi kami,” Simeone mengingati dua tahun lalu, sambil bersedia bagi perlawanan ulangan itu pada Sabtu ini di Milan.

“Tetapi keputusan kami menentang Real musim ini adalah bagus, dan kami merasa optimis mengenai Sabtu ini.”

Satu-satunya trofi yang tidak ada dalam kabinet Diego Simeone ialah Piala Liga Juara-Juara. – AFP
Satu-satunya trofi yang tidak ada dalam kabinet Diego Simeone ialah Piala Liga Juara-Juara. – AFP

Jarang dapat dilihat pasukan bola sepak bertukar sepenuhnya, dengan pantas, menerusi seorang jurulatih.

Pada Januari 2012, apabila Simeone kembali ke Atletico tujuh tahun selepas beraksi sebagai seorang pemain, kelab itu berada dalam keadaan teruk, hanya berada di atas zon penyingkiran dan berada dalam kekecewaan dan pesimis .

‘Man in Black’ adalah nama Simeone yang lebih dikenali kerana pilihan pakaiannya dengan segera meletakkan perasaan optimis dan jangkaan di kelab itu dia membantu liga Sepanyol dan dua kemenangan Piala pada 1996, sebagai pemain wira yang berkata tidak pernah mengalah.

Walaupun pemain Atletico mengharapkan “Revolusi Simeone” membuahkan hasil dengan pantas, ketika perancang Argentina itu mengetepikan pemain–pemain yang tidak mengagumkannya, membawa pengganti berwajah baru dan meminta usaha lebih, komitmen dan semangat dari semua orang di kelab itu. – dpa

ARTIKEL YANG SAMA