Simeone ‘mohon pelepasan’ rombak The Blues

Simeone ‘mohon pelepasan’ rombak The Blues

LONDON, 9 Nov (Reuters) – Diego Semeone bersedia berhijrah ke Chelsea bagi menggantikan Jose Mourinho, tetapi meminta diberi pelepasan untuk merombak skuad The Blues.

Simeone merupakan calon pilihan yang akan menggantikan Mourinho pada musim depan selepas Chelsea tewas dalam 10 daripada 19 perlawanan.

Sebagai persediaan ke Chelsea, jurulatih kelahiran Argentina berusia 45 tahun itu juga dikatakan sedang mempelajari bahasa Inggeris.

Pada masa sama, bekas pemain tengah Argentina itu sedang menilai pemain-pemain Chelsea ketika ini sebelum dia membimbing kelab berkenaan.

Dia dilaporkan mahukan perubahan dilakukan termasuk mendapatkan pemain baru untuk menguatkan lagi Chelsea untuk memulakan musim depan.

Pemilik Chelsea, Roman Abramovic kini dilaporkan masih bersabar terhadap Mourinho dan memberikan masa kepada jurulatih kelahiran Portugal itu untuk memperbaiki kedudukan pasukan.

ARTIKEL YANG SAMA