Simmons jalani pembedahan kaki

Simmons jalani pembedahan kaki

LOS ANGELES, 5 Okt – Philadelphia 76ers berkata kelmarin bahawa Ben Simmons akan menjalani pembedahan bagi membaik pulih tulang tapak kaki yang patah, kemungkinan akan mengecualikan dari beraksi pada permulaan NBA musim baru.

Simmons, pilihan pertama dalam draf, mengalami kecederaan patah di kaki kanannya pada hari Jumaat selepas terjatuh di kaki rakan sepasukan.

Pemain Australia berusia 20 tahun itu dibedah oleh pakar bedah kaki bahagian Martin O’Malley di New York, dengan keputusan awal dilaporkan memberangsangkan, kata 76ers itu.

“Para kakitangan perubatan telah diberi taklimat oleh Dr. O’Malley mengikut prosedur dan kami mendapat maklum balas yang positif,” kata Pengarah Penyelidikan Prestasi dan Pembangunan 76ers, David T. Martin.

Gambar fail 4 Julai 2016 menunjukkan Simmons ketika beraksi menentang San Antonio di Salt Lake City. Philadelphia 76ers berkata kelmarin bahawa Ben Simmons akan menjalani pembedahan bagi membaik pulih tulang tapak kaki yang patah. – AP
Gambar fail 4 Julai 2016 menunjukkan Simmons ketika beraksi menentang San Antonio di Salt Lake City. Philadelphia 76ers berkata kelmarin bahawa Ben Simmons akan menjalani pembedahan bagi membaik pulih tulang tapak kaki yang patah. – AP

“Dalam masa yang terdekat, pemulihan menyeluruh akan dijalankan untuk Ben dan kami akan memantau kemajuannya sepanjang proses pemulihan.”

Simmons merupakan pengambilan pertama teratas 76ers‘ sejak Allen Iverson pada tahun 1996.

Pemain dari Melbourne itu juga merupakan pemain kelahiran Australia ketiga yang dipilih sebagai pilihan nombor satu dalam draf, menyertai Kyrie Irving (2011) dan Andrew Bogut (2005). – AFP

ARTIKEL YANG SAMA