Simon bantu Wales ikat Ireland

Simon bantu Wales ikat Ireland

CARDIFF, 25 Mac (Reuters) – Penyerang gantian Simon Church menyempurnakan penalti pada minit ke-89 untuk membantu Wales mengikat Ireland Utara 1-1 dalam aksi pemanas badan Euro 2016 di Cardiff, awal pagi tadi.

Craig Cathcart meletakkan pelawat di depan selepas setengah jam aksi Stadium Cardiff City, tetapi Churh, yang dipinjamkan ke Aberdeen daripada Milton Keynes Dons, mudah menyepak masuk sepakan penalti untuk melebarkan rekod tanpa kalah lapan perlawanan kepada Ireland Utara.

Ia bermakna skuad bimbingan Chris Coleman, yang turun tanpa beberapa tonggak utama seperti Gareth Bale dan Aaron Ramsey, mengelak kekalahan kedua berturut-turut di laman sendiri selepas kekalahan 3-2 di tangan Belanda November lalu.

“Saya berasa pemain harus berbangga dengan pencapaian ini, dan tanpa tujuh atau lapan yang tidak beraksi di kempen kelayakan ia bukannya mudah,” kata pengurus Wales, Coleman.

“Satu atau dua pemain ini semestinya membuat saya lebih sukar untuk memilih 23 pemain terbaik dunia.”

Aksi Simon ketika menjaringkan gol pertama buat Pasukan Wales daripada sepakan penalti menentang Ireland. Simon menyempurnakan penalti pada minit ke-89 untuk membantu Wales mengikat Ireland dengan jaringan 1-1 – Reuters
Aksi Simon ketika menjaringkan gol pertama buat Pasukan Wales daripada sepakan penalti menentang Ireland. Simon menyempurnakan penalti pada minit ke-89 untuk membantu Wales mengikat Ireland dengan jaringan 1-1 – Reuters

Wales, yang akan bersiap sedia untuk menghadapi kejohanan utama sejak Piala Dunia 1958, bertandang ke Kiev Selasa ini untuk bertemu Ukraine, manakala anak-anak buah Michael O’Neill berdepan Slovenia, Isnin ini.

“Persiapan untuk Euro adalah kuncinya,” kata penyerang tengah Watford.

“Kami bermain 3-5-2 pada separuh pertama dan kemudian pergi ke empat pertahanan pada separuh kedua. Ia baik untuk mencuba melakukan gerakan sedemikian.”

Dengan penampilan Kejohanan Eropah pertama bagi kedua pasukan, pengurus masing-masing menggunakan kesempatan ini untuk mencuba.

ARTIKEL YANG SAMA