Simon Perkins dilantik sebagai Timbalan CEO Asia Aviation

Simon Perkins dilantik sebagai Timbalan CEO Asia Aviation

KUALA LUMPUR, 21 Sept – Unit pajakan pesawat AirAsia Bhd, Asia Aviation Capital Ltd (AACL), melantik Simon Perkins sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangannya yang baharu berkuat kuasa 1 Oktober.

Perkins, rakyat Britain, mempunyai latarbelakang kukuh dalam perakaunan, pengurusan risiko dan operasi perbankan, serta pengalaman 20 tahun dalam industri komersial dan perbankan/pajakan di Asia dan Eropah. – Bernama