Simply Sayang Wedding Fayre ke-4 pada 28 Mei ini

Simply Sayang Wedding Fayre ke-4 pada 28 Mei ini

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Mei – Syarikat khidmat perkahwinan, Simply Sayang dengan sokongan Songket Wedding Event & Co bakal mengadakan Simply Sayang Wedding Fayre ke-4 pada 28 dan 29 Mei ini di Mutiara Ballroom, Hotel Radisson.

Pameran perkahwinan yang akan dibukakan kepada kunjungan ramai dari jam 10 pagi hingga 10 malam ini akan mengetengahkan perkhidmatan-perkhidmatan perkahwinan tempatan seperti Ardly Couture, Arisya Bridal, Artz Production, Cakes By Faridah, Drs Wedding And Decoration, Flora By Leena, Hd Photography, Hys Tindulang, Jadeworld Collections, Laily’s Bridal, Maia Izyan Wedding Planner, Maszalina Bridal Boutique, Masamichi Studio, Reyn Hm Make-Up & Bridal Collection, Sentuhan Azylia, The Ocular, Wan’s Deco, Bait Al-Hijaab dan Seri Naqyyah.

Buat pertama kalinya, ia juga akan disertai oleh Bank Baiduri dan Jerudong Park & Country Club (JPCC) Sdn Bhd.

Menurut kenyataan yang diberikan, acara ini adalah bertujuan untuk mempromosikan perkhidmatan terbaru Simply Sayang Enterprise iaitu Pelamin Dewan dan juga Gubahan Hantaran Koleksi 2016 di samping mempamerkan perkhidmatan-perkhidmatan yang lain daripada syarikat tempatan.

ARTIKEL YANG SAMA