Simpor Pharma anjur kempen derma darah

Simpor Pharma anjur kempen derma darah

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Julai – Seramai 50 kakitangan Simpor Pharma Sdn Bhd bersama kakitangan kerajaan menyertai kempen derma darah yang diadakan semalam di Pejabat Simpor Pharma Sdn Bhd, Tapak Perindustrian Salambigar.

Kempen yang julung kali diadakan itu dengan kerjasama Tabung Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), merupakan sebahagian daripada aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat berkenaan.

Turut hadir ialah Pengarah Urusan Simpor Pharma, Edward Ko dan Pengurus Akaun syarikat berkenaan, Lau Sie Kieh.

Menurut Edward Ko, Simpor Pharma merancang mengadakan kempen tersebut secara tahunan bagi membantu Tabung Darah Hospital RIPAS ke arah memastikan ianya sentiasa mencukupi bagi keperluan pesakit yang memerlukannya.

Salah seorang dari penderma darah semasa kempen derma darah tersebut.
Salah seorang dari penderma darah semasa kempen derma darah tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA