Sinabung keluarkan letusan kuat

Sinabung keluarkan letusan kuat

JAKARTA, Indonesia, 14 Jun (Agensi) – Gunung berapi di bahagian barat Indonesia mengeluarkan letusan kuat tinggi ke udara semalam, menghantar debu-debu panas jauh ke lereng gunung, seorang pegawai memberitahu.

Pihak berkuasa memantau secara dekat aktiviti gunung Sinabung yang ketinggiannya 8,070 kaki di Sumatra, salah satu kepulauan utama Indonesia, sejak 2 Jun lepas, apabila statusnya dinaikkan kepada amaran tertinggi setelah meningkatkan ukuran kubah lavanya.

Debu panas jatuh ke lereng-lereng gunung sejauh 3 kilometer ke arah timur laut kelmarin, kata Wendy Cahya, pegawai yang bertanggungjawab ke atas pemantauan gunung tersebut.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam letusan terbaru, katanya.

Cahya berkata sejak petang kelmarin, 11 runtuhan debu panas direkodkan, dengan debu gunung berapi keluar setinggi dua kilometer ke udara.

Pakar gunung berapi telah member amaran batu-batu api bercampur gas berkemungkinan jatuh dari gunung dalam waktu terdekat.

Lebih 2,700 orang dari kampung-kampung berada dalam lingkungan zon bahaya 7 kilometer dari kawah dipindahkan di penempatan sementara. Tiada mangsa telah dilaporkan dalam beberapa letupan bulan ini.

Gunung Sinabung adalah antara 130 gunung berapi yang aktif di Indonesia, lebih-lebih lagi dengan kedudukannya di “Lingkaran Api” Pasifik.

Gunung berapi tersebut meletus dari semasa ke semasa sejak 2010, setelah tidak aktif sejak 400 tahun. Letusan tahun lalu mengorbankan sekurang-kurangnya 17 orang.

ARTIKEL YANG SAMA