Sindiket curi kereta berjaya ditumpas

Sindiket curi kereta berjaya ditumpas

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Sept – Empat daripada enam buah kereta dalam kes kereta curi yang telah dijual di Limbang, Sarawak, Malaysia, telah berjaya ditemui semula hasil siasatan Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Brunei dan Muara dengan kerjasama Polis Limbang, baru-baru ini.

Menurut kenyataan Pasukan Polis Diraja Brunei, kesemua kereta telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Limbang dan akan diserahkan kepada Pasukan Polis Diraja Brunei setelah siasatan selesai dijalankan.

Sehubungan itu, Pasukan Polis Diraja Brunei menasihatkan orang ramai agar tidak terlibat dengan sebarang aktiviti jenayah dan memaklumkan kepada pihak polis dengan segera jika ternampak sebarang aktiviti yang mencurigakan di kawasan mereka.

Empat buah kereta curi yang berjaya ditemui semula di Limbang, Sarawak.
Empat buah kereta curi yang berjaya ditemui semula di Limbang, Sarawak.

ARTIKEL YANG SAMA