Sindiket penyeludupan manusia berjaya diberkas

Sindiket penyeludupan manusia berjaya diberkas

BANGKOK, 14 Ogos (AFP) – Seramai 22 orang diberkas di Thailand kerana meraih keuntungan dari penyeludupan manusia, menurut polis semalam, sebahagian tindakan yang sedang dijalankan yang mencetuskan krisis penghijrahan serantau awal tahun ini.

Mejar Jeneral Paween Pongsirin, pemerintah kanan polis di selatan negara itu berkata 25 waran tangkap baru telah dikeluarkan bagi tersangka yang dituduh dalam perdagangan manusia dan pembersihan wang.

Dari 26 waran itu, 12 orang telah ditangkap, dia memberitahu AFP.

Sebanyak 16 lagi waran tangkap lagi dikeluarkan bagi tuduhan pembersihan wang berkaitan pemerdagangan manusia, yang mana 10 orang ditahan, tambahnya, yang menjadikan jumlah waran dikeluarkan sejak tindakan pada masa ini bermula, kepada 145.

ARTIKEL YANG SAMA