Sindiket tipu melalui SMS ditumpas

Sindiket tipu melalui SMS ditumpas

BANDUNG, 6 Nov (Agensi) – Satu sindiket yang aktif menipu orang ramai melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) akhirnya tumpas dengan tertangkapnya 15 suspek baru-baru ini.

Jurucakap polis, Kasubdit Jatanras berkata, pihaknya menangkap lapan lelaki di Cianjur, Jawa Barat dan lima lagi di Bandung baru-baru ini.

Katanya, ketua sindiket berkenaan yang dikenali sebagai Effendi ditahan di rumahnya di Malili di Sulawesi Selatan pada Selasa lalu.

Menurutnya, sindiket itu menjalankan penipuan dengan menyebarkan SMS kononnya penerima memenangi hadiah cabutan bertuah daripada sebuah bank.

“Mangsa yang terpedaya akan menghubungi nombor yang tertera dalam SMS itu sebelum anggota sindiket berpura-pura membantu mereka. “Anggota sindiket kemudiannya memperdaya mangsa ke mesin ATM untuk memindahkan wang mereka ke akaun suspek,” katanya.

Menurutnya, polis mula menjalankan operasi mengesan anggota sindiket itu selepas menerima banyak laporan. “Ketua sindiket itu tidak mempunyai pekerjaan tetap, tetapi mampu membeli rumah besar dan memiliki beberapa kereta serta motosikal.

ARTIKEL YANG SAMA