Singa korban lelaki cuba bunuh diri

Singa korban lelaki cuba bunuh diri

SANTIAGO, 22 Mei (AFP) – Sebuah zoo di Chile berkata ia terpaksa membunuh dua ekor singa semalam bagi melindungi seorang lelaki yang cuba membunuh diri dengan memasuki kurungan di depan para pengunjung yang terkejut.

Protokol keselamatan terus dilaksanakan di zoo apabila seorang kakitangan melihat seorang lelaki menuruninya menggunakan tali ke dalam kurungan singa Afrika, ketua Santiago Zoo, Alejandra Montalva, memberitahu rangkaian televisyen TVN.

Karnivor felin itu, seekor jantan dan betina, dengan tingkah laku menyerang terpaksa dibunuh. Damak anestetik tidak akan dapat menghentikan serangan tepat pada waktunya, jelasnya lagi.

“Kami dmenggigil dengan keadaan ini kerana haiwan dalam zoo ini adalah sebahagian dari keluarga kami,” kata Montalva.

“Singa-singa ini sudah bersama kami lebih dari 20 tahun.

Lelaki tersebut, yang berusia dalam lingkungan 20an atau 30an, dikejarkan ke hospital kerana kecederaan yang kritikal.

ARTIKEL YANG SAMA