Singa lepas di Nairobi, Kenya

Singa lepas di Nairobi, Kenya

NAIROBI, 19 Feb (AFP) – Renjer-renjer hidupan liar hari memburu dua ekor singa yang terlepas dari taman negara Nairobi dan kini berkeliaran di kawasan-kawasan berpenduduk tinggi di ibu negeri Kenya.

Perkhidmatan Hidupan Liar Kenya (KWS) mengeluarkan satu rayuan, “untuk membantu mendapatkan semula dua ekor singa yang sesat dari Taman Negara Nairobi.”

Renjer-renjer bersenjata, dan juga doktor haiwan dengan senapang-senapang damak, meredah belukar dan tanah pertanian di samping daerah Kibera, salah satu kawasan setinggan terbesar di Afrika.

“Singa adalah binatang liar yang berbahaya. Elakkan memprovokasi singa-singa dengan menghadapi mereka,”kata jurucakap KWS Paul Udoto.

Sekurang-kurangnya dua singa dilaporkan meninggalkan taman itu pada lewat kelmarin, yang melebar seluas 117 kilometer persegi (45 batu persegi) di mana kerbau dan badak sumbu berkeliaran hanya tujuh kilometer dari pusat bandar yang sibuk itu.

Usaha mencari masih giat dijalankan di kawasan setinggan di ibu negeri Kenya. – AFP
Usaha mencari masih giat dijalankan di kawasan setinggan di ibu negeri Kenya. – AFP

Media setempat melaporkan sebanyak enam singa mungkin terlepas.

Ia bukan kali pertama singa berkeliaran ke bandar. Kucing besar itu dalam tekanan sebagai salah satu dari bandar-bandar Afrika yang paling pesat berkembang merayap ke laluan-laluan penghijrahan purba dan kawasan-kawasan memburu.

Kadang-kadang singa-singa itu dibunuh oleh peladang-peladang ternakan melindungi ternakan mereka, ada kalanya mereka berkeliaran di taman-taman memberikan ketakutan kepada penduduk.

“Ini adalah kawasan-kawasan yang pesat didiami dan itu sebabnya kami meningkatkan pencarian kami,” ujar Udoto.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai singa-singa perlu mengongsikan dengan kami secepat mungkin.”

Udoto berkata dua ekor singa kali terakhir dilihat di salah satu daerah Nairobi, Langata.

“Pasukan-pasukan kami merangkumi pegawai perubatan haiwan kini berada di Langata untuk mencari binatang itu,” katanya.

Renjer-renjer meronda ke koridor sempit kawasan belukar di pinggir Kibera. Rumah-rumah berbumbung timah itu dianggarkan menempatkan seramai suku juta penduduk, menurut satu agensi bantuan yang menjalankan kajian penduduk di sana.

ARTIKEL YANG SAMA