Singa terkenal BBC diracun

Singa terkenal BBC diracun

NAIROBI, 8 Dis – Lapan ekor sekawanan singa yang bercirikan dalam dokumentari bersiri hidupan liar popular telah diracun di hutan simpan Masai Mara Kenya.

Dua singa Marsh Pride – bintang siri Big Cat Diary terbitan BBC – mati selepas memakan bangkai lembu beracun pada malam Sabtu, sementara seekor lagi hilang dan sekitar lima masih dirawat oleh doktor haiwan.

Seorang ahli zoologi, Jonathan Scott dan seorang penyampai asal rancangan itu yang mengikuti Marsh Pride hampir 40 tahun, meratapi ‘penamat era itu.’

Di kalangan singa yang mati itu adalah Bibi, singa betina berusia 17 tahun, yang menjadi selebriti semasa siri TV yang panjang dan popular dari 1996-2008.

Kru hidupan liar BBC di tempat kejadian mengatakan Bibi ditemui ‘terdampar di sisi dengan mulut berbuih, tercungap-cungap dan sawan’ sebelum ia mati.

Penyokong pemuliharaan mula menyedari sesuatu telah berlaku pada malam Ahad apabila beberapa ekor singa ‘berkelakuan ganjil kemudian pengsan dan mengalami spasma,” menurut kenyataan daripada Badan Hidupan Liar David Sheldrick.

Penggembala lembu tempatan yang sering membawa haiwan mereka masuk ke Hutan Simpan Negara Masai Mara untuk memagut rumput disyaki memberi racun berkenaan.

“Sekitar 10,000 lembu masuk ke hutan simpan berkenaan setiap malam apabila tiada lagi pengunjung,” kata Scott.

Dua lelaki dijangka akan didakwa kerana meracun singa berkenaan hari ini, dan berdepan hukuman denda sebanyak 20 juta shilling (AS$196,000) atau penjara seumur hidup jika didapati bersalah. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA