Singapura batalkan rayuan banduan warga Malaysia

Singapura batalkan rayuan banduan warga Malaysia

SINGAPURA, 5 April (AFP) – Mahkamah tertinggi Singapura hari ini membatalkan rayuan terakhir oleh banduan warga Malaysia, yang membawa kepada peringkat penghukuman mati ke atasnya di tali gantung di sebalik gesaan dari kumpulan hak asasi bagi pengampunan ke atasnya.

Kho Jabing, 31 tahun, dijatuhi hukuman mati pada tahun 2010 kerana membelantan seorang pekerja binaan berketurunan Cina hingga mati dalam cubaan rompakan dan kemudian selama enam tahun turun naik mahkamah cuba mengelak tali gantung.

Pada tahun 2013 seorang Mahkamah Tinggi telah mengubah hukuman ke atasnya kepada hukuman penjara seumur hidup dan sebat atas rayuan ekoran perubahan kod undang-undang yang menamatkan penghukuman mati mandatori bagi pesalah-pesalah bunuh.

Tetapi pendakwa raya menentang keputusan itu dan Mahkamah Rayuan, mahkamah tertinggi Singapura, mengembalikan hukuman matinya pada Januari 2015.

Hukuman mati ke atas Kho dijadualkan pada November lalu dikekalkan di saat-saat akhir apabila peguamnya memfailkan satu lagi usul, yang ditolak pada hari ini.

Hakim Chao Tick Hin, yang menyampaikan keputusan muktamad lima hakim mahkamah berkata usul itu tidak memperkenalkan sebarang bukti untuk mendorong mahkamah untuk menimbangkan semula hukuman mati.

“Itu adalah kes teras pemohon bahawa keputusan kami dalam rayuan hukuman semula adalah salah. Tetapi bahan yang dikemukakannya jauh daripada menunjukkan keputusan mahkamah adalah salah, apa lagi salah terang-terangan,” kata hakim.

Menurutnya, tarikh baru hukuman mati akan ditetapkan oleh presiden Singapura, yang telah pun menolak pengampunan.

Selepas perbicaraan, Kho dalam keadaan tenang apabila bercakap dengan ibu dan kakaknya yang sedang menangis, yang terbang dari Sarawak. Hukuman mati terakhir Singapura ialah ke atas dua orang pengedar dadah pada Julai 2014.