Singapura bentang rang daftar pemilih

Singapura bentang rang daftar pemilih

SINGAPURA, 27 Julai (Bernama) – Komposit daftar pemilih untuk kegunaan pada pilihan raya umum akan datang dan sebarang pilihan raya selepas itu, yang telah disahkan, kini dibentangkan untuk semakan orang ramai.

Jabatan Pilihan Raya, Pejabat Perdana Menteri, dalam kenyataan akhbarnya pada Isnin, berkata rang daftar pemilih itu mengandungi nama dan butiran diri 2,460,977 pemilih.

Katanya, rakyat Singapura boleh menyemak butiran diri masing-masing yang terkandung dalam daftar itu secara dalam talian melalui laman sesawang jabatan berkenaan (http://www.eld.gov.sg), di pusat/kelab komuniti, pejabat perwakilan Singapura di seberang laut yang turut berfungsi sebagai pusat pendaftaran luar negara dan di Jabatan Pilihan Raya.

Jabatan itu berkata seseorang yang namanya dibuang daripada rang daftar pemilih itu kerana tidak mengundi pada pilihan raya sebelum ini (disebut sebagai bukan pengundi), boleh memohon agar namanya dimasukkan kembali ke dalam rang daftar itu bagi membolehkannya mengundi pada pilihan raya umum akan datang dan pilihan raya berikutnya.

Rakyat Singapura di luar negara, yang nama mereka tersenarai dalam rang daftar pemilih itu dan telah tinggal di Singapura dengan agregat sekurang-kurangnya 30 hari sepanjang tempoh tiga tahun antara 1 Feb, 2012 dan 31 Jan 2015.

Sementara itu mereka yang ingin mengundi di mana-mana pusat mengundi di luar negara yang ditetapkan, dinasihati supaya mendaftarkan diri sebagai pengundi luar negara melalui saluran yang disebutkan.

Mereka dinasihati supaya berbuat demikian dengan secepat mungkin yang boleh kerana permohonan setentunya akan ditutup apabila Writ Pilihan Raya dikeluarkan kelak.