Singapura berusaha tangani virus Zika

Singapura berusaha tangani virus Zika

SINGAPURA, 2 Sept – Singapura menggalakkan penduduknya menggunakan penghalau serangga, membersihkan longkang dan saluran yang tersumbat dan memakai pakaian lengan panjang untuk melindungi diri daripada nyamuk berikutan dengan bilangan jangkitan Zika yang semakin meningkat kepada 151 di negara tersebut.

Penerimaan pelanggan di pusat-pusat makanan terbuka di tempat daerah yang terbabit di negara itu berkurangan sewaktu makan tengah hari, berikutan dibimbangi dengan jangkitan virus bawaan nyamuk itu.

Singapura mengumumkan jangkitan Zika pertamanya pada bulan Mei, dengan virus yang diimport oleh seorang lelaki berusia 48 tahun yang baru pulang dari Brazil. Pada hari Khamis, Kementerian Kesihatan dan Agensi Alam Sekitar Kebangsaan mengesahkan 31 lagi kes jangkitan tempatan, menjadikan jumlah bilangan kepada 151, termasuk dua wanita hamil. Jumlah itu termasuk pelawat dari Malaysia, dan warganegara Indonesia dan China yang tinggal di sini.

Virus Zika pada dasarnya tidak menunjukkan simptom-simptom yang teruk, bagaimanapun virus tersebut boleh membawa maut kepada kanak-kanak yang belum lahir. – AP

Seorang pekerja sedang memeriksa nyamuk yang membiak dalam saluran perparitan di kawasan perumahan Bedok Utara di Singapura semalam. – AFP
Seorang pekerja sedang memeriksa nyamuk yang membiak dalam saluran perparitan di kawasan perumahan Bedok Utara di Singapura semalam. – AFP