Singapura gantung pinjaman pembeli harta di London

Singapura gantung pinjaman pembeli harta di London

SINGAPURA, 30 Jun (AFP) – Sebuah bank terkenal di Singapura berkata hari ini ia telah menggantung pinjaman kepada sesiapa yang ingin membeli harta di London, memetik ketidakpastian daripada pe-ngundian Britain untuk mening-galkan EU tetapi memberi satu tamparan kepada pelabur yang dijangka memanfaatkan sebaik-baiknya pound yang lemah.

Bank United Overseas (UOB), salah satu daripada tiga pemberi pinjaman tempatan negara kota, berkata ia sedang mengawasi pasaran dengan ketat untuk menentukan bila pinjaman akan diteruskan.

“Buat sementara waktu ini, kami akan berhenti menerima permohonan pinjaman harta asing untuk harta London,” katanya dalam satu kenyataan.

“Tatkala kesan referendum UK masih terasa dan berdasarkan ketidakpastian, kami perlu memberi jaminan kepada pelanggan kami supaya berhati-hati dengan pelaburan harta di London,” tambahnya.

“Kami sedang mengawasi persekitaran pasaran dengan ketat dan akan menilai secara tetap bila kami akan mengembalikan tawaran pinjaman harta London kami.”

Pasaran kewangan dibelenggu krisis ekoran pengundian Brexit pada minggu lalu dan sementara mereka telah menikmati pemulihan sejak beberapa hari lalu, penganalisis mengingatkan mungkin timbulnya kesan di luar Britain dan Eropah.

Pemerhati pasaran berkata harga harta di Britain dijangka merosot tatkala pound terjejas, dan pelabur asing, terutama-nya mereka dari Asia, telahpun dijangka memulakan kempen pembelian.

Pound merosot lebih daripada 10 peratus berbanding dolar AS pada Jumaat kepada tahap rendah 31 tahun, dan sementara ia telah berpulih sedikit, ia masih menerima tekanan.

Bank terbesar Singapura DBS berkata ia akan terus memberikan pembiayaan untuk pembelian harta di London tetapi memberikan pilihan pinjaman kepada pelanggan dalam dolar Singapura atau pound.