Singapura hampiri sasaran pingat

Singapura hampiri sasaran pingat

SINGAPURA, 9 Jun (Bernama) – Kontinjen Singapura kini makin hampir untuk mencapai sasaran untuk mengutip sebanyak 50 pingat emas pada temasya Sukan SEA ke-28 di sini.

Setakat pukul 7 malam hari ini, kontinjen tuan rumah menambah tujuh lagi pingat emas pada hari kelima temasya berlangsung.

Mereka kini masih mendahului jumlah pungutan pingat setakat ini dengan 47 pingat emas, 40 perak dan 52 gangsa dengan jumlah keseluruhan pingat sebanyak 139.

Sementara itu, Thailand kini memintas kedudukan Vietnam untuk berada di tangga kedua carta pungutan pingat dengan mengumpul 37 emas, 39 perak dan 34 gangsa.

Vietnam di tempat ketiga setakat ini dengan 31 emas, 15 perak dan 36 gangsa. Malaysia kekal di tangga keempat dengan 21 emas, 25 perak dan 30 gangsa.

Peserta negara berentap dalam final acara 100m lelaki di Stadium Nasional SIngapura, petang tadi. – Infofoto
Peserta negara berentap dalam final acara 100m lelaki di Stadium Nasional SIngapura, petang tadi. – Infofoto
Pusingan pertama Golf Perseorangan Lelaki di Kelab Golf Sentosa. – Infofoto
Pusingan pertama Golf Perseorangan Lelaki di Kelab Golf Sentosa. – Infofoto

Acara yang menjadi tumpuan ramai hari ini iaitu olahraga menyaksikan pelari pecut Filipina mendominasi acara ‘reben biru’ iaitu 100m wanita dan lelaki.

Acara 100m wanita dimenangi Kayla Anise Richardson (11.76s) manakala Eric Shauwn Cray (10.25s) dalam kategori lelaki.

ARTIKEL YANG SAMA