Singapura hantar pulang 26 Bangladesh berkaitan pengganasan

Singapura hantar pulang 26 Bangladesh berkaitan pengganasan

SINGAPURA, 20 Jan – Singapura mendedahkan hari ini ia telah menangkap 27 pekerja pembinaan warga Bangladesh lewat tahun lepas kerana menyokong ‘ideologi kumpulan pengganas’ dan menghantar pulang 26 daripada mereka.

Para pekerja sedang dipersiapkan untuk pulang ke tempat asal mereka bagi melancarkan perang suci, dan beberapa daripadanya telah mempelajari teknik pembunuhan daripada buku kecil, menurut Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Penangkapan itu dibuat di bawah Akta Keselamatan Dalam Negara yang ketat.

“Mereka menyokong ideologi jihad bersenjata dari kumpulan pengganas seperti Al-Qaeda dan Islamic State (IS) di Iraq dan Syria,” menurut kementerian dalam kenyataan.

Menurutnya warga Bangladesh itu telah ditangkap antara 16 November dan 1 Disember tahun lepas, yang bekerja dalam syarikat pembinaan di Singapura, tempat buruh-buruh sering tinggal di bilik asrama yang penuh sesak.

“Anggota kumpulan itu mengambil langkah untuk mengelak daripada dihidu oleh pihak berkuasa.

“Mereka berkongsi material berkaitan jihad di kalangan mereka secara bersembunyi, dan mengadakan mesyuarat mingguan dan perkumpulan tempat mereka membincangkan jihad bersenjata dan konflik yang melibatkan orang Islam,” menurut kementerian.

Kumpulan itu juga secara aktifnya merekrut anggota baru, tambahnya.

Kementerian itu mengatakan ‘mereka tidak merancang sebarang pengganasan di Singapura namun beberapa anggota kumpulan itu mempertimbangkan untuk melakukan keganasan bersenjata di luar negara.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA