Singapura isytihar Hari Perkabungan Kebangsaan hari ini

Singapura isytihar Hari Perkabungan Kebangsaan hari ini

SINGAPURA, 7 Jun (Bernama) – Perdana Menteri, Lee Hsien Loong mengisytiharkan esok sebagai Hari Perkabungan Kebangsaan bagi mangsa warga Singapura susulan gempa bumi di Sabah, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Dalam satu kenyataan, PMO berkata bendera negara di semua bangunan kerajaan akan dikibarkan separuh tiang.

Sebagai penghormatan, upacara bertafakur selama satu minit akan dilakukan pada permulaan hari di semua venue Sukan SEA.

Menurut PMO, Perdana Menteri berasa amat dukacita terhadap kematian lapan warga Singapura dalam insiden gempa bumi di Gunung Kinabalu, Sabah. Mereka ialah seorang guru dan enam pelajar dari Sekolah Rendah Tanjong Katong yang mengikuti rombongan sambil belajar sebarang laut termasuk seorang penunjuk arah.

Salah seorang ahli keluarga yang bersedih dengan kehilangan yang tersayang dalam kejadian gempa bumi di Ranau, Sabah. – AFP
Salah seorang ahli keluarga yang bersedih dengan kehilangan yang tersayang dalam kejadian gempa bumi di Ranau, Sabah. – AFP

Seorang guru dan seorang pelajar masih hilang.

Bagi pihak semua rakyat Singapura, Lee merakamkan ucapan takziah yang mendalam dan simpati kepada keluarga dan orang tersayang mereka.

ARTIKEL YANG SAMA