Singapura kekal bandar konvensyen dan mesyuarat utama Asia bagi 2014

Singapura kekal bandar konvensyen dan mesyuarat utama Asia bagi 2014

SINGAPURA, 9 Sept – Singapura sekali lagi menjadi bandar konvensyen dan mesyuarat utama Asia, menurut kedudukan global 2014 Kesatuan Persatuan Antarabangsa (UIA) dan Persatuan Konvensyen dan Kongres Antarabangsa (ICCA) yang dikeluarkan awal tahun ini.

Dalam kenyataan hari ini, Lembaga Pelancongan Singapura (STB) berkata Singapura mengekalkan kedudukannya sebagai bandar mesyuarat antarabangsa utama UIA untuk tahun kelapan dan pada kedudukan utama bagi bandar Asia Pasifik dalam ICCA untuk 13 tahun berturut-turut.

Penolong Ketua Eksekutif STB (Pembangunan Perniagaan), Neeta Lachmandas, berkata STB terharu Singapura kekal sebagai destinasi pilihan Asia bagi pemilik acara.

“Kami akan terus meningkatkan ekosistem acara berkualiti kami untuk pengalaman yang lebih menarik bagi pengunjung perniagaan,” kata Lachmandas – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA