Singapura kutip 2 pingat emas

Singapura kutip 2 pingat emas

SINGAPURA, 3 Jun (Reuters) – Pasukan tuan rumah Singapura meraih dua pingat emas pertama di kejohanan Sukan Asia Tenggara (SEA GAMES) di Singapura kelmarin, memenangi kedua-dua perlawanan beregu lelaki dan wanita pada sukan ping-pong.

Zhou Yihan dan Lin Ye digandingkan untuk memenangi pingat emas pertama di kejohanan terbesar rantau tersebut, sebelum Gao Ning dan Li Hu meraikan untuk pingat emas kedua bagi pasukan tuan rumah setelah memenangi perlawanan akhir tersebut.

Dengan lebih 400 pingat emas dipertaruhkan di kejohanan tersebut, beberapa pingat lagi akan dapat diraih sebelum bermulanya pembukaan rasmi Sukan SEA menjelang hari Jumaat.

Regu ping pong wanita Singapura sudah dijangka menang pingat emas ketika kedua-dua beregu layak ke perlawanan akhir, tapi keputusan tersebut masih merupakan satu kejutan.

Zhou dan Lin adalah pemain muda terbaik negara itu tetapi tidak dijangkakan akan dapat mengalahkan regu senegaranya yang lebih berpengalaman Feng Tianwei, pemegang pingat Olimpik tiga kali dan rakannya Yu Mengyu.

Regu ping pong Singapura Feng Tianwei dan Yu Mengyu (merah) menentang regu senegaranya Lin Ye dan Zhou Yihan (biru) di perlawanan akhir ping pong regu wanita. – Reuters
Regu ping pong Singapura Feng Tianwei dan Yu Mengyu (merah) menentang regu senegaranya Lin Ye dan Zhou Yihan (biru) di perlawanan akhir ping pong regu wanita. – Reuters

Tetapi Zhou dan Li, yang telah berjaya mengharungi perlawanan separuh akhir yang mendebarkan sebelum ini, berjaya menang perlawanan tersebut dengan keputusan 7-11, 11-5, 11-8, 12-10, 3-11, 10-12, 11-7.

“Kami berasa sangat berbesar hati berjaya untuk meraih pingat emas pertama untuk Singapura dan kami sangat teruja,” Lin memberitahu para wartawan.

Perlawanan akhir regu lelaki adalah lebih berat sebelah namun keputusan tetap sama untuk Singapura.

Gao yang merupakan pemenang tiga kali perlawanan perseorang, dan rakannya Li menggasak regu pasukan Thailand, Padasak Tanviriyavechakul dan Chanakarn Udomsilp, menang 11-8, 11-8, 12-10, 11-4. Sejumlah tujuh pingat emas dipertandingkan di sukan ping pong dan Singapura berhasrat untuk menyapu sebanyak mungkin.