Singapura kutuk serangan bom kereta di Ankara

Singapura kutuk serangan bom kereta di Ankara

SINGAPURA, 18 Feb (Bernama) – Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura (MFA) mengutuk keras atas serangan bom kereta di pusat bandar Ankara, Turki, yang telah mengakibatkan kehilangan banyak nyawa dengan berpuluh-puluh lagi cedera.

“Kami mengucapkan takziah kepada keluarga yang terlibat dan berharap mereka yang cedera cepat pulih,” kata jurucakap MFA dalam satu kenyataan hari ini.

“Kedutaan kami di Ankara telah dihubungi dan memastikan semua rakyat Singapura yang berdaftar di Ankara dalam keadaan selamat.

“Setakat ini, tiada laporan daripada mana-mana rakyat Singapura yang terlibat secara langsung dengan serangan itu,” kata jurucakap itu.

ARTIKEL YANG SAMA