Singapura lancar peraturan ketat bagi pengguna jalan raya

SINGAPURA – Dalam pertempurannya menentang kereta dan kawasannya yang sungguh terhad, Singapura telah melaksanakan tol-tol jalan, peruntukan besar bagi pengangkutan awam, dan bayaran lesen yang menelan kos sesebuah kenderaan itu pada lebih AS$80,000.

Singapura berada jauh di hadapan dari mana-mana bandar utama yang lain untuk mengelakkan kesesakan yang begitu teruk yang dialami oleh metropolis Asia seperti Jakarta atau Manila.

Pendekatan yang sukar mungkin dapat dilakukan apabila warga Singapura telah terbiasa dengan kawalan yang begitu ketat – di mana media dipantau ketat dan hukuman keras bagi jenayah-jenayah kecil – dan dikhuatiri bandar raya itu akan dibanjiri kereta tanpa adanya pengawalan atau sekatan.

Bagaimanapun model itu menghadapi kritikan keras kerana kesesakan jalan raya yang telah mengecewakan pengguna jalan raya, harga kenderaan melonjak naik selepas pembekuan jumlah kereta dan kerosakan pengangkutan awam.

“Saya berpendapat bahawa sistem itu boleh menjadi lebih baik dan adil,” kata Joel Lee, seorang juruteknik berusia 28 tahun, kepada AFP.

Singapura telah melaksanakan tol-tol jalan, peruntukan besar bagi pengangkutan awam, dan bayaran lesen yang menelan kos sesebuah kenderaan itu pada lebih AS$80,000. – AFP

Dia berkata pihak berkuasa perlu “membezakan antara mereka yang memerlukan kereta, sama ada untuk kegunaan pekerjaan atau komitmen keluarga atau bagi mereka yang mahukan ia lebih dari itu sebagai simbol status”.

Alat utama pihak berkuasa adalah sijil hak atau COE. Setiap pembeli kereta yang berpotensi mesti membida untuk sijil itu dan kosnya akan ditambah dalam harga kenderaan tersebut. Kos semasa COE bagi sebuah kereta keluarga biasa adalah berharga hampir Sg$50,000, dan membawa harga Toyota Corolla kepada Sg $114,000 (AS$83,000).

Tetapi harga COE tidak menentu, ada kalanya naik turun bergantung kepada permintaan.

Titik tertingginya adalah pada empat tahun lalu dengan jenis kereta yang sama adalah Sg $159,000 (AS$127,000) pada kadar pertukaran pada masa itu) – enam kali ganda dari harga pasaran di AS. Sijil ini sah selama 10 tahun, selepas itu kereta hendaklah dibatalkan atau sijil tersebut diperbaharui.

Walaupun harganya yang begitu tinggi, kebanyakan pusat kewangan, rumah kepada golongan kaya dan jutawan, telah membeli kereta, dengan sejumlah 600,000 dianggarkan berada di jalan raya – jumlah yang banyak untuk rangkaian jalan raya yang sangat terhad.

Langkah-langkah utama lain termasuklah mengawal jumlah kenderaan di jalan raya dan mengenakan tol di jalan-jalan utama pada waktu puncak.

Pihak berkuasa bulan lalu telah memutuskan untuk membekukan bilangan kereta persendirian di jalan raya dari bulan Februari bagi sekurang-kurangnya dua tahun, memetik kekurangan tanah.

Tetapi keputusan itu telah mencetuskan kemarahan dan kemudiaan diikuti dengan lonjakan harga COE sebanyak beberapa ribu dolar, dalam apa yang digambarkan oleh akhbar Straits Times sebagai ‘pembelian panik’.

Untuk mengurangkan dasar yang sukar itu, Singapura telah membina rangkaian pengangkutan awam moden dengan kereta api bawah tanah, kereta api biasa dan bas awam dan kerajaan baru-baru ini telah mengumumkan rancangan untuk membelanjakan Sg$28 bilion untuk menaik taraf sistem tersebut.

Aplikasi pengangkutan seperti Grab dan Uber telah membantu mereka yang tidak mampu atau tidak mahu membelanjakan duit mereka pada kereta dan pihak kerajaan bercadang untuk membina laluan berulang sejauh 700 kilometer.

Tetapi laluan bawah tanah baru-baru ini telah dilanda dengan kelewatan dan kerosakan berulang semasa waktu puncak. Insiden yang paling serius berlaku apabila terowong pengangkutan telah dibanjiri air pada bulan lalu, melumpuhkan laluan-laluan utama selama 20 jam, dan mencetuskan kemarahan yang berleluasa.

Ada yang kini mempersoalkan rancangan kerajaan untuk menjadikan Singapura sebagai sebuah negara paling ramai berjalan, berbasikal atau menaiki pengangkutan awam.

“COE bukanlah sukatan yang sangat popular dan mana-mana kerajaan yang cuba melaksanakan langkah seperti ini mungkin akan kehilangan undian,” kata Vivek Vaidya, pakar pengangkutan di agensi perundingan perniagaan Frost dan Sullivan, kepada AFP. – AFP