Singapura penjara 2 lagi pekerja Bangladesh

Singapura penjara 2 lagi pekerja Bangladesh

SINGAPURA, 30 Ogos – Dua lagi pekerja ekspatriat Bangladesh dituduh merancang untuk menyertai kumpulan Islamic State (IS) telah dipenjarakan hari ini di Singapura kerana mengumpul wang untuk membiayai serangan di tanah air mereka.

Zzaman Daulat, 34, dan Mamun Leakot Ali, 29, masing-masing dipenjarakan selama dua tahun dan dua tahun setengah, selepas mengaku tuduhan membiayai pengganasan di sebuah mahkamah daerah.

Dokumen mahkamah mengatakan lelaki itu menyumbang antara Sg$200 (AS$146) dan Sg$500 untuk membantu membiayai kempen pengganas di Bangladesh, dan merancang untuk menggulingkan kerajaan di sana untuk menubuhkan sebuah negara kalifah. – AFP