Singapura putuskan talian internet pegawai awam

Singapura putuskan talian internet pegawai awam

YANGON, Myanmar, 9 Jun – Keputusan memutuskan talian Internet bagi komputer kerja pegawai awam adalah amat perlu bagi melindungi data pemerintah, tegas Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.

Beliau mendedahkan Singapura telah mengalami beberapa serangan siber yang canggih ke atas sistem pemerintah sejak beberapa tahun lalu.

“Dan kami mengambil serius ancaman keselamatan ini,” akhbar Berita Harian memetik Lee sebagai berkata.

Perdana Menteri Singapura menjelaskan langkah pemerintah itu semasa bertemu wartawan  bagi menggulung lawatan tiga harinya ke Myanmar.

Semalam, akhbar The Straits Times melaporkan kesemua 100,000 komputer rasmi yang digunakan pegawai awam tidak akan dihubungkan ke Internet mulai Mei tahun depan.