Singapura tegah import anjing, kucing dari Malaysia

Singapura tegah import anjing, kucing dari Malaysia

SINGAPURA, 28 Sept (NNN) – Memandangkan potensi risiko terhadap penyebaran penyakit ‘anjing gila’ ke Singapura, Pihak Berkuasa Makanan Pertanian dan Veterinar (AVA) akan mengenakan langkah-langkah baru dan sekatan sementara ke atas pengimportan anjing dan kucing dari Malaysia yang berkuatkuasa serta merta.

Bagi pemilik haiwan yang ingin membawa anjing dan kucing mereka dari Malaysia, import akan dibenarkan dengan syarat pengimportan mesti memenuhi syarat-syarat veterinar seperti yang dijadualkan di bawah kategori ‘D’ negara.

Untuk tujuan ini, Malaysia telah dikategorikan semula daripada Kategori C (untuk negara dengan risiko terkawal atau insiden yang rendah terhadap penyakit ‘anjing gila’) kepada Kategori “D”, iaitu import peribadi haiwan anjing dan kucing bagi negara-negara yang mempunyai risiko penyakit ‘anjing gila’ yang tidak dapat ditentukan.

ARTIKEL YANG SAMA