Singapura tutup bank kedua berkaitan 1MDB

Singapura tutup bank kedua berkaitan 1MDB

SINGAPURA, 11 Okt – Bank Pusat Singapura hari ini menutup bank Swiss kedua yang sedang disiasat berikutan dakwaan aktiviti pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan syarikat pelaburan milik Malaysia, 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) berkata ia sudah mengarahkan Bank Falcon untuk menghentikan operasinya di republik itu berikutan ‘kesilapan yang serius dalam kawalan anti pengubahan wang haram (AML)’ oleh kedua-dua pengurusan kanan di ibu pejabat Switzerland dan cawangan tempatan.

“Bank Falcon menunjukkan kekurangan pemahaman terhadap syarat dan jangkaan MAS terhadap anti pengubahan wang haram,” menurut kenyataan itu.

Pemandangan menunjukkan Centennial Tower tempat terletaknya pejabat Bank Falcon di Singapura pada 11 Oktober. – AFP
Pemandangan menunjukkan Centennial Tower tempat terletaknya pejabat Bank Falcon di Singapura pada 11 Oktober. – AFP

Pusat bank berkata ia mendenda Bank Falcon sekitar Sg$4.3 juta (AS$3.1 juta) atas pencabulan undang-undang dalam mencegah pengubahan wang haram dan bertindak balas terhadap pembiayaan pengganasan.

MAS juga berkata ia menerima maklumat yang pengurus Bank Falcon cawangan Singapura, Jens Sturzenegger, telah ditangkap pada 5 Oktober oleh Jabatan Hal Ehwal Komersial (CAD), agensi penyiasat jenayah kolar putih utama kerajaan Singapura. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA