Singapura uji kereta tanpa pemandu

Singapura uji kereta tanpa pemandu

SINGAPURA, 25 Ogos – Teksi tanpa pemandu pertama di dunia telah dikuatkuasakan hari ini di Singapura dalam percubaan yang terhad, menewaskan perkhidmatan gergasi seperti Uber dalam perlumbaan untuk melancarkan revolusi teknologi.

“Perkhidmatan teksirobo” sedang diuji di kampus penyelidikan lebih awal dalam hab perniagaan Asia.

Data daripada eksperimen ini akan dijadikan sebagai panduan bagi perkhidmatan teksi tanpa pemandu yang akan dilancarkan di seluruh bandar raya ini pada 2018, kata nuTonomy, pengemudi teknologi dalam rekaan perisian kenderaan yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

“Uji pandu itu memberikan peluang untuk mendapatkan maklum balas daripada pesaing dalam suasana dunia yang sebenar,” kata Ketua Eksekutif nuTonomy dan pengasas bersama Karl Iagnemma.

“Maklum balas ini akan memberikan nuTonomy kelebihan yang unik untuk bekerjasama bagi menghasilkan kenderaan pandu sendiri pada 2018,” katanya.

Kenderaan ‘autonomous’ ketika memulakan ujiannya di Singapore pada 24 Ogos 2016. Kereta tanpa pemandu di dunia, yang dikendalikan oleh nuTonomy memulakan operasinya di Singapura semalam. – AP
Kenderaan ‘autonomous’ ketika memulakan ujiannya di Singapore pada 24 Ogos 2016. Kereta tanpa pemandu di dunia, yang dikendalikan oleh nuTonomy memulakan operasinya di Singapura semalam. – AP

Enam teksi – Renault Zoe dan kenderaan elektrik Mitsubishi i-MiEV – akan beroperasi dalam kawasan 2.5 batu persegi (4.0 kilometer persegi), dan perkhidmatannya perlu ditempah melalui aplikasi telefon pintar syarikat.

Walaupun kereta berteknologi tinggi itu akan dipacu dengan sendirinya, setiap perjalanan akan diiringi oleh seorang jurutera nuTonomy, yang akan melihat bagaimana ia dijalankan, dan bersedia untuk mengambil alih sekiranya berlaku masalah, kata syarikat itu.

Pengangkutan perkongsian gergasi Uber berkata minggu lepas bahawa ia akan melancarkan kereta tanpa pemandu di bandar Pittsburgh AS pada akhir bulan Ogos. Ia juga telah melaburkan usaha sebanyak AS$300 juta dengan Volvo yang berpangkalan di Sweden milik China, untuk membangunkan kereta tanpa pemandu untuk dijual menjelang 2021.

Dalam perkembangan lain, ‘Google parent Alphabet’ mengumumkan pada bulan Mei bahawa ia sedang bekerjasama dengan Fiat Chrysler untuk mereka kenderaan tanpa pemandu, yang diharap dapat dilancarkan pada akhir 2016. – AFP