Singapura umum kabinet baru, perkenalkan tiga Menteri Penyelaras

Singapura umum kabinet baru, perkenalkan tiga Menteri Penyelaras

SINGAPURA, 28 Sept (Agensi) – Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong mengumumkan barisan Kabinet barunya hari ini selepas menang pilihan raya umum oleh parti pemerintah, dengan memperkenalkan tiga Menteri Penyelaras, yang masing-masing akan menyelia beberapa Kementerian, manakala dua kementerian – Pendidikan dan Perdagangan dan Perusahaan – mempunyai dua menteri penuh. Selain itu beliau mengumumkan perubahan kabinet melibatkan pemimpin Melayu dan generasi pemimpin muda.

Perdana Menteri Lee, yang menerajui parlimen bandar negara itu sejak 2004, menyifatkan perubahan itu sebagai “berani,” seraya berkata bahawa negara termasuk Britain dan Indonesia juga telah mengambil langkah yang sama.

“Ini adalah satu pasukan peralihan, jadi ia adalah sedikit lebih besar daripada biasa,” kata Lee pada sidang akhbar, menyatakan bahawa separuh daripada 20 anggota Kabinet, meningkat daripada 19 orang ahli sebelum ini, adalah di bawah umur 55.

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, yang juga Menteri Perhubungan dan Penerangan akan terus mengekalkan jawatannya.

Sementara itu, Masagos Zulkifli Masagos Mohamad yang dilantik sebagai Menteri Sekitaran dan Sumber Air baru juga akan membantu Dr Yaacob dalam isu ehwal masyarakat Islam.

Akhbar Berita Harian edisi online melaporkan, Encik Masagos mengambil alih tempat Dr Vivian Balakrishnan di Kementerian Sekitaran dan Sumber Air (MEWR), sementara Dr Balakrishnan kini dilantik sebagai Menteri Ehwal Luar.

Dalam pada itu, Dr Mohamad Maliki Osman pula dinaikkan pangkat daripada Menteri Negara (Pertahanan merangkap Pembangunan Negara) kepada Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar). Sementara itu, Profesor Madya Faishal Ibrahim yang sebelum ini Setiausaha Parlimen (Pengangkutan dan Kesihatan) pula dilantik Setiausaha Parlimen (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Pendidikan).

Encik Amrin Amin yang baru dilantik sebagai Anggota Parlimen dalam pilihan raya baru-baru ini pula dilantik Setiausaha Parlimen Ehwal Dalam Negeri dengan mengekalkan Dr Yaacob Ibrahim sebagai Menteri Perhubungan dan Penerangan serta Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam.

Encik Masagos Zulkifli pula akan membantu beliau dalam Ehwal Masyarakat Islam dan Encik Masagos dilantik sebagai Menteri Sekitaran dan Sumber Air yang baru.

Dr Mohamad Maliki Osman pula dinaikkan pangkat sebagai Menteri Negara Kanan bagi Ehwal Luar merangkap Pertahanan.

Cik Halimah Yaacob akan dilantik semula sebagai sebagai Speker Parlimen apabila bersidang pada Januari ini. Encik Amrin Amin, yang baru dilantik sebagai Anggota Parlimen pula dilantik Setiausaha Parlimen Ehwal Dalam Negeri.

Profesor Madya Faishal Ibrahim pula dilantik Setiausaha Parlimen bagi Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Pendidikan.

ARTIKEL YANG SAMA