Sinopec catat kenaikan lebih 20 peratus

Sinopec catat kenaikan lebih 20 peratus

SHANGHAI, 29 Ogos – Gergasi minyak China Sinopec, penapis terbesar Asia, menyaksikan keuntungan bersih separuh pertama jatuh 21.6 peratus, katanya, dengan keadaan harga minyak yang rendah.

Syarikat itu menghasilkan 19.92 bilion yuan (AS$2.98 bilion) pada Januari hingga Jun, berbanding dengan 25.42 yuan dalam tempoh yang sama tahun lepas, demikian menurut satu kenyataan kepada bursa saham Hong Kong, di mana ia disenaraikan.

“Pada separuh pertama 2016, harga minyak mentah antarabangsa mencatatkan penurunan mendadak daripada harga pada separuh pertama 2015, dan berdasar pengeluaran dalam tempoh itu,” kata syarikat minyak itu dalam satu kenyataan lewat semalam.

Penurunan mendadak harga minyak dibayangi dengan peningkatan dalam permintaan domestik, katanya, dengan penggunaan domestik produk minyak sehingga 4.4 peratus dalam tempoh tersebut.

Pelabur kecewa dengan hasil tersebut. Saham Sinopec jatuh hari ini pada kadar 1.07 peratus di Hong Kong dan 0.20 peratus lebih rendah di Shanghai, di mana ia juga disenaraikan.

Penurunan harga minyak juga telah melanda dua pengeluar lain utama China.

pengeluar minyak terbesar China PetroChina berkata keuntungan bersih minggu lalu menjunam 97.9 peratus tahun ke tahun pada separuh pertama, kepada 531 juta yuan.

Pengeluar minyak dan gas luar pesisir utama di negara ini CNOOC melaporkan kerugian bersih 7.74 bilion yuan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA