SIPG tangkap ‘Incredible Hulk’

SIPG tangkap ‘Incredible Hulk’

SHANGHAI, 29 Jun (AFP) – Pemain antarabangsa Brazil Hulk yang beraksi untuk Zenit St Petersburg, tiba di Shanghai hari ini untuk menyertai pasukan Shanghai SIPG kendalian Sven-Goran Eriksson, ketika Liga Super China memulakan pusingan baru perbelanjaan perpindahan.

Para peminat jersi merah terus menghampiri pemain berusia 29 itu di lapangan terbang Shanghai ketika dia melalui dewan ketibaan dengan membawa dua jambak bunga.

Media Rusia berkata, Zenit akan dibayar sekitar 55 juta euro (AS$61 juta). Tetapi menurut laporan dalam Weibo China seperti Twitter, pengurus besar SIPG, Sui Guoyang berkata angka itu “tidaklah setinggi itu.”

Laman sesawang pasaran perpindahan yang mengesan perjanjian dalam sukan itu, meletakkan bayaran pada 58 juta euro. SIPG berkata mengenai akauan Weibo yang sah bahawa “Incredible Hulk” akan menjalani pemeriksaan kesihatan esok selepas menandatangani perjanjian dengan sidang akhbar menyusul kemudian.

Persetujuan itu akan memecahkan rekod perpindahan 50 juta euro Asia yang dibayar oleh Jiangsu Suning untuk Alex Teixeira dari Shakhtar Donetsk awal tahun ini dalam perbelanjaan perpindahan lumayan China.

Kedatangan Hulk disambut peminat dengan jambangan bunga di Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Pudong kelmarin. – AFP
Kedatangan Hulk disambut peminat dengan jambangan bunga di Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Pudong kelmarin. – AFP

Presiden Xi Jinping berhasrat untuk menjadikan Asia gergasi itu sebagai kuasa bola sepak. Ketika perpindahan musim sejuk pada Januari dan Februari, pasukan-pasukan China memecahkan rekod empat kali dalam perolehannya sekali gus mengetepikan Liga Perdana Inggeris.

Tetapi perbelanjaan mewah itu tidak berbaloi. Guangzhou Evergrande dan Jiangsu Suning terjejas dalam Liga Juara-Juara AFC untuk menempah laluan dalam tempat Piala Dunia Kelab FIFA sementara Shanghai SIPG hanay berjaya ke suku akhir.

Memandang Shanghai SIPG sudah memiliki maksimum lima pemain asing, ketibaan Hulk bermakna seseorang perlu meninggalkan kelab itu.

Shanghai SIPG berada di tangga keempat Liga Super China tetapi bergelut dalam perlawanan baru-baru ini dan belum mencatatkan kemenangan dalam lima perlawanan.