Siri Apple dapat sambutan hebat

Siri Apple dapat sambutan hebat

SAN FRANCISCO, 12 Jun (AP) – Siri Apple mendapat sambutan yang hebat apabila penolong digital itu muncul buat pertama kalinya di iPhone lima tahun lalu.

Namun tatkala syarikat teknologi lain berrebut-rebut untuk membina ‘chat bots’ dan sistem rumah kawalan suara yang berupaya mencatat kejayaan risikan tiruan, Siri ada kalanya tidak memerlukan lagi teknologi canggih.

Pada Isnin, Apple dijangka menunjukkan satu peningkatan kepada kepintaran Siri apabila ia melancarkan persidangan perisian tahunannya.

Ia adalah masa yang penting untuk syarikat; jualan iPhonenya sudah menjadi lembap, dan A1 muncul sebagai medan pertempuran utama teknologi.

Apple, Google, Facebook dan yang lainnya sedang bergegas untuk mewujudkan perkhidmatan digital yang amat diperlukan oleh pengguna untuk membeli-belah, berbual, mengawal peralatan lain dan menjalani kehidupan harian mereka.

Gambar yang diambil pada 4 Oktober 2011 menunjukkan Phil Schiller ketika menerangkan mengenai Siri Apple dalam satu pengumuman di ibu pejabat Apple di Cupertino, Calif. Siri Apple mendapat sambutan yang hebat apabila penolong digital itu muncul buat pertama kalinya di iPhone lima tahun lalu. – AP
Gambar yang diambil pada 4 Oktober 2011 menunjukkan Phil Schiller ketika menerangkan mengenai Siri Apple dalam satu pengumuman di ibu pejabat Apple di Cupertino, Calif. Siri Apple mendapat sambutan yang hebat apabila penolong digital itu muncul buat pertama kalinya di iPhone lima tahun lalu. – AP

Sementara Siri telah memperoleh kebolehan baru dalam beberapa tahun ini, beberapa pakar percaya Apple masih ke-tinggalan dalam perlumbaan A1, dihalang sebahagiannya oleh keengganannya untuk masuk campur dalam maklumat peribadi anda.

“Google Now telah makan tengah hari,” kata Chris Monberg, pengasas bersama Boomtrain, firma baru yang menghasil perisian risikan tiruan yang digunakan oleh peruncit online.

Monberg berkata pembekal penolong digital proaktif Google memberikan lebih banyak peringatan berguna, cadangan dan petua mengenai cuaca tempatan atau lalu lintas, sebahagiannya disebabkan ia membaca e-mel dan data lain daripada telefon Android dan menggunakannya bersama algoritma d server Google.

Speaker rumah Echo daripada Amazon juga mempunyai peminatnya; ia mengecam arahan suara tidak formal dan boleh memesan bunga, piza atau perjalanan ke lapangan terbang.

Begitu juga, ramai penganalisis percaya masa depan terletak pada rancangan oleh Facebook, Google dan Microsoft untuk menggabungkan ‘bots’ pintar ke dalam suara – dan perkhidmatan teks mesej yang digunakan oleh orang untuk berbual dengan kawan mereka.