Siri bengkel sekuriti perdagangan Baiduri Capital

Siri bengkel sekuriti perdagangan Baiduri Capital

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Jan – Baiduri Capital, dengan kerjasama Phillip Securities, menganjurkan siri bengkel untuk mendidik pelanggan kepada asas-asas sekuriti perdagangan.

Bengkel pertama yang diadakan pada hari ini di Radisson Hotel, telah dikendalikan oleh penyampai jemputan, Gavin Chia, Pengurus, Korporat Pembangunan, Pengurusan Sekuriti & Kekayaan dari Phillip Securities, Singapura.

Satu lagi bengkel bagi pelanggan Kuala Belait akan diadakan di Plaza Sutera Biru hari ini.

Siri bengkel ini bertujuan bukan sahaja untuk memberigakan kepada para pelanggan terhadap asas analisis dalam sekuriti perdagangan, bahkan juga untuk sentiasa mengikuti trend terkini dalam pasaran kewangan.

Selain daripada membincangkan asas analisis sekuriti dagangan, penyampai taklimat juga membincangkan tentang kajian dan tinjauan ekonomi dunia bagi 2016, termasuk AS, Eropah, China, Singapura dan juga prospek bagi komoditi.

Beliau juga membincangkan beberapa risiko utama kepada pertumbuhan global, faktor yang mempengaruhi pasaran saham dan juga beberapa pertimbangan utama bagi pelabur.

Turut hadir pada majlis itu ialah pihak pengurusan dan kakitangan Baiduri Capital termasuk Pengurus Besar, Baiduri Capital Peng Eng Soon. Juga hadir, Penolong Pengurus, Trading & Investment Services, Baiduri Capital, Yeo Kun Yu.

Baiduri Capital adalah sebuah anak syarikat milik sepenuhnya Bank Baiduri, yang menawarkan kepada pelanggan untuk melabur dalam pasaran saham antarabangsa melalui portal inovatif dalam talian. Ia juga merupakan yang pertama di pasaran Brunei untuk menawarkan sekuriti dagangan dalam talian.

ARTIKEL YANG SAMA