Siri serangan tikaman semakin berleluasa

Siri serangan tikaman semakin berleluasa

BAITULMUQADIS, 22 Okt – Polis Israel menembak dua penduduk Palestin yang menikam seorang penghuni bandar berhampiran Baitulmuqadis hari ini, dalam satu siri keganasan yang akan menjadi tumpuan rundingan pada lewat hari ini di antara Setiausaha Negara AS John Kerry dan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.

Seorang jurucakap polis berkata penduduk Palestin cedera parah dari kejadian itu dan lelaki yang diserang mereka di sebuah perhentian bas di bandar Beit Shemesh juga cedera. Kesemua mereka dibawa ke hospital.

Sembilan warga Israel telah terbunuh dalam kejadian tikam, menembak dan serangan kenderaan oleh penduduk Palestin sejak awal Oktober, sementara 48 penduduk Palestin, termasuk 24 penyerang, di antara mereka kanak-kanak, telah dibunuh oleh anggota keselamatan Israel sebagai respon terhadap serangan.

Di antara punca kekacauan adalah kemarahan penduduk Palestin pada apa yang mereka lihat sebagai pencerobohan Yahudi di perkarangan masjid al-Aqsa di Bandar Lama BaitulMaqdis, tapak paling suci Islam di luar Arab Saudi, yang juga dihormati oleh penduduk Yahudi sebagai lokasi dua tempat suci Yahudi lama.

Netanyahu telah berjanji akan mengekal ‘status quo’ berusia beberapa dekad di perkarangan yang mengharamkan penduduk Yahudi daripada berdoa di sana, dan telah menafi dakwaan Palestin mengatakan beliau berhasrat mengubah pengaturan tersebut. – Reuters

Seorang anggota polis Israel memeriksa tapak di mana dua penyerang Palestin yang didakwa ditembak oleh polis Israel selepas cuba untuk menaiki sebuah bas di Beit Shemesh, barat Baitulmuqadis, hari ini. – AFP
Seorang anggota polis Israel memeriksa tapak di mana dua penyerang Palestin yang didakwa ditembak oleh polis Israel selepas cuba untuk menaiki sebuah bas di Beit Shemesh, barat Baitulmuqadis, hari ini. – AFP