Siri ujian mantapkan Ford

Siri ujian mantapkan Ford

Oleh Imelda Groves HA

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Feb – Pengedar tunggal kereta Ford, Premier Automobile Sdn Bhd melalui kepakaran kejuruteraannya, komited memastikan kenderaan Ford mampu menghadapi cabaran kelusuhan.

Syarikat itu dalam kenyataan media yang dikeluarkan di sini mengatakan, setiap kenderaan tidak dinafikan akan mencapai tahap lusuh dan haus apabila mencapai usia luputnya.

Namun kereta Ford dapat menghadapi cabaran itu apabila jurutera Ford dari cawangan Asia Pasifik dan seluruh dunia, melakukan beberapa siri ujian dan ketelitian bagi memastikan ketahanan seluruh rangka bermula daripada dalam dan luaran kenderaan itu.

Ujian itu merangkumi regangan, kecalaran, bau dan kekotoran akibat gris, debu dan kopi panas untuk melihat bagaimana bahan-bahan yang digunakan mampu menentang ujian masa yang dilaksanakan.

Pengurus Kejuruteraan Ford Asia Pasifik, Ashley Walsh.
Pengurus Kejuruteraan Ford Asia Pasifik, Ashley Walsh.

Ini bagi memastikan kenderaan itu dapat bertahan lama dan meyakinkan pelanggannya.

Pelbagai ujian luar biasa dilakukan dalam memastikan bahan yang digunakan pada kenderaan Ford bakal bertahan lama dan boleh meyakinkan pelanggannya.

Ketelitian ujian yang dijalankan oleh jurutera di Ford itu terbukti menunjukkan komitmen mereka untuk menghasilkan kenderaan yang berkualiti kepada para pelanggannya dan meningkatkan usaha untuk memastikan taraf keselesaan dan ketahanan di luar jangkaan.

Ujian-ujian yang dilaksanakan itu boleh disaksikan di laman YouTube di alamat http: //youtu.be/8EfmrmasJTY, http://youtu.be/5SlmA8t6DzU dan http://youtu.be/gvfouvJjl3w

ARTIKEL YANG SAMA