Sistem Autopilot Tesla tidak patut dipersalahkan

Sistem Autopilot Tesla tidak patut dipersalahkan

THE HAGUE, Belanda, 8 Sept – Tesla Motor berkata kereta sedan Model S yang terlibat dalam kemalangan maut di Belanda tidak dalam kendalian mod Autopilot, semi autonomi syarikat itu dan bergerak lebih 96 batu sejam apabila ia terlibat dalam kemalangan.

Pemandu sedan elektrik yang berusia 53 tahun meninggal dunia semalam apabila keretanya merempuh sebatang pokok di bandar tengah Belanda, Baarn dan terbakar, menurut polis dan para anggota bomba. Polis sedang menyiasat punca kemalangan pada awal pagi di bandar berkenaan, 40 kilometer tenggara Amsterdam.

Tesla berkata log kereta itu menunjukkan Autopilot tidak digunakan pada mana-mana tempoh waktu perjalanan lelaki itu yang mana memandu pada kelajuan lebih 155 kilometer sejam, atau 96 meter sejam. Kelajuan itu konsisten dengan kerosakan kereta akibat melanggar pokok, menurut syarikat itu lagi. Tesla telah menghantar wakil ke tempat kejadian kemalangan.

Gambar fail bertarikh 29 September 2015 menunjukkan kereta Tesla Model X yang dipamerkan di ibu pejabat syarikat itu di Femont, California. - AP
Gambar fail bertarikh 29 September 2015 menunjukkan kereta Tesla Model X yang dipamerkan di ibu pejabat syarikat itu di Femont, California. – AP

Sistem Autopilot Tesla menjadi tumpuan sejak pemandu Model S itu meninggal dunia di Florida pada Mei lalu. Dalam kes itu, kereta dikendali dalam Autopilot, yang menggunakan kamera, radar dan komputer untuk melihat objek dan memberhentikannya jika ia mengesan sesuatu perlanggaran akan berlaku. Sistem itu juga mengekalkan set kelajuan dan mengubah laluan dengan sendirinya.

Tesla mengatakan Autopilot adalah sistem yang menggunakan sistem tanpa pemandu dan pemandu manusia mesti bersedia untuk mengawal pada bila-bila masa, tetapi ia membolehkan para pemandu untuk tidak mengendali bagi tempoh beberapa minit pada satu masa. – AP

ARTIKEL YANG SAMA