Sistem kawalan lalu lintas udara NZ lumpuh

Sistem kawalan lalu lintas udara NZ lumpuh

WELLINGTON, 23 Jun (AFP) – Semua pesawat udara komersial dan awam di New Zealand tidak dibenarkan terbang buat sementara waktu hari ini apabila satu kerosakan melumpuhkan sistem kawalan lalu lintas udara negara, kata pegawai.

Airways New Zealand, yang mengendali kawalan lalu lintas udara di negara Pasifik Selatan itu, berkata semua penerbangan, termasuk perkhidmatan antarabangsa dan domestik, terjejas.

Seorang jurucakap untuk agensi kerajaan berkata satu masalah radar berlaku pada kira-kira pukul 2.40 petang.

“Kesannya adalah semua pesawat udara telahpun terkandas. Tidak adanya pesawat udara yang berlepas di seluruh negara.

Pesawat udara yang berada di udara telahpun diberikan kebenaran untuk mendarat,” beritahunya kepada AFP.

Kira-kira 90 minit selepas pengharaman penerbangan dikenakan, Airways NZ berkata masalah tersebut telah diselesaikan dan penerbangan akan kembali beroperasi seperti biasa dalam tempoh satu jam.

Ia menyalahkan ‘kerosakan rangkaian dalaman’ ke atas masalah yang timbul, berkata ia telah menguji sistem sebelum meneruskan penerbangan.

Menteri Pengangkutan Simon Bridges berkata pengawal lalu lintas udara masih boleh berkomunikasi dengan penerbangan menerusi radio ketika radar rosak.

“Saya telah diberi jaminan bahawa tidak timbulnya kompromi ke atas keselamatan penumpang kapal terbang,” kata beliau. Penumpang Paul Le Comte sedang menunggu untuk berlepas di lapangan terbang Christchurch apabila pengharaman dikenakan dan berkata beliau dan rakan penumpang lain mengalami beberapa salah mula sebelum berlepas akhirnya.

“Nampaknya Airways NZ berjaya menemui tali lekapan pemanjangan untuk radar yang dibuang oleh tukang cuci wanita. Kami akan berlepas tidak lama lagi. Terima kasih,” guraunya dalam Twitter.

Laman web Airways NZ berkata ia mengurus ruang udara seluas 30 juta kilometer persegi, mengendali kira-kira satu juta pergerakan pesawat udara setahun. Jurucakap tidak dapat berkata sama ada masalah yang sama telah berlaku sebelum ini.

ARTIKEL YANG SAMA