Sistem pencen Jepun kena godam

Sistem pencen Jepun kena godam

TOKYO, 1 Jun (AFP) – Perkhidmatan pencen Jepun hari ini mengatakan ia mengalami penggodaman teruk yang mengakibatkan 1.25 juta kes data peribadi bocor.

Seorang pekerja membuka e-mel dengan virus, mencetuskan kebocoran nama pelanggan, nombor akaun pencen, tarikh lahir dan alamat, menurutnya, menambah bahawa pencabulan itu dikesan minggu lalu.

“Kami sudah menghubungi polis untuk menyiasat perkara itu,” Toichiro Mizushima, presiden Perkhidmatan Pencen Jepun memberitahu sidang media di Tokyo.

Komputer terjejas diasingkan untuk mencegah merebaknya virus itu, menurut perkhidmatan itu, menambah bahawa tidak ada bukti masalah itu menjejaskan sistem komputer teras yang menyimpan sejarah kewangan dan kerja pesara.

Toichiro Mizushima semasa sidang media menerangkan mengenai kejadian godam itu. - AFP
Toichiro Mizushima semasa sidang media menerangkan mengenai kejadian godam itu. – AFP

Perkhidmatan itu mengatakan ia akan mengubah nombor akaun mereka yang terjejas dan meneruskan siasatan dalaman.

Pentadbir pencen awam Jepun—terbesar di dunia—sudah mencuba untuk mereformasi sistemnya selepas skandal 2007 yang mana kerajaan mengakui hilang sekitar 50 juta rekod pencen.

ARTIKEL YANG SAMA