Sistem perbankan Singapura disemak semula

Sistem perbankan Singapura disemak semula

SINGAPURA, 16 Julai – Moody’s Investors Service menyemak semula unjuran ke atas sistem perbankan Singapura daripada ‘Aaa stabil’ kepada ‘stabil’, yang mencerminkan kedudukan suram pasaran hartanah domestik dan pertumbuhan kredit rentas sempadan yang menyederhana.

Unjuran sebelum ini adalah negatif sejak Julai 2013.

Analisis Moody’s itu terkandung dalam laporan yang baru diterbitkan – ‘Banking System Outlook: Singapore”, oleh Naib Presiden -Pegawai Kanan Kredit Moody’s Eugene Tarzimanov.

Moody’s membuat penarafan ke atas tiga kumpulan perbankan utama Singapura yang melibatkan kira-kira 60 peratus daripada aset sistem domestik pada akhir tahun 2014 – DBS Bank Ltd (Aa1 stabil, AA3), Oversea-Chinese Banking Corp Ltd (OCBC) (Aa1 stabil, AA3) dan United Overseas Bank Ltd (Aa1 stabil, AA3).

Ia juga membuat penarafan ke atas Bank of Singapore Ltd pada (Aa1 stabil, a3), unit perbankan persendirian OCBC.

Moody’s menjangkakan bank-bank Singapura akan terus memperoleh manfaat daripada pertumbuhan ekonomi yang sihat walaupun rendah, di dalam negeri dan operasi serantau.

“Walaupun pertumbuhan KDNK sebenar di Singapura akan perlahan kepada kira-kira tiga peratus pada 2015 dan 2016 berikutan pertumbuhan yang lebih perlahan di China, ini akan diimbangi oleh pemulihan ekonomi US,” katanya. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA