Sistem Tizen masa depan Samsung

Sistem Tizen masa depan Samsung

pg19_150630_b

SEOUL, 29 Jun (Reuters) – Peneraju utama pembuat telefon pintar Samsung Electronic bercadang untuk melancarkan lebih banyak telefon bimbitnya menggunakan sistem operasi mereka sendiri Tizen lewat tahun ini, seorang yang mempunyai pengetahuan mengenai perkara tersebut memberitahu Reuters hari ini.

Samsung akan melancarkan beberapa telefon pintar Tizen dalam beberapa harga yang berbeza, tambahnya tanpa mendedahkan spesifikasi yang lain.

Orang tersebut menolak untuk diketahui disebabkan sensitiviti terhadap perkara itu.

Seorang jurucakap dari firma Korea Selatan menolak untuk memberikan ulasan.

Samsung bermatlamat untuk membina ekosistem tersendiri melalui Tizen, yang memberikan kuasa terhadap jam-jam pintar dan set televisyen premium mereka. Tetapi perisian itu memerlukan lebih banyak telefon bimbit menggunakan sistem itu untuk mengembangkan pangkalan pengguna dan menarik pemaju pihak ketiga, menurut para analisis.

Syarikat tersebut melancarkan telefon pintar Tizen pertamanya Z1 di India pada Januari dan telah menjual peranti tersebut di Sri Lanka dan Bangladesh. Ia telah menjual satu juta Z1 setakat ini di India, pasaran telefon pintar ketiga terbesar di dunia.

Z1 merupakan jualan terbaik telefon pintar di Bangladesh pada Januari hingga Mac, menurut penyelidik Pengisi dalam laporan bulan Mei.