Siswa UBD anjur kempen derma buku

Siswa UBD anjur kempen derma buku

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Mac – Sekumpulan mahasiswa Universiti Brunei Darussalam (UBD) yang menjalani Program Jangkauan Komuniti di bawah seliaan Majlis Belia Brunei akan mengadakan kempen derma buku bermula 19 hingga 27 Mac ini.

Kempen tersebut bertujuan mengumpul buku-buku lama dan baru daripada orang ramai untuk diedarkan kepada ‘Mukim Buku Rimba’ di Kampung Rimba dan kepada Pusat Kegiatan Warga Emas, Lambak Kanan, yang sangat memerlukan bahan-bahan bacaan.

Menerusi projek tersebut mereka berharap dapat mempromosikan perpustakaan komuniti sekaligus meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kewujudan perpustakaan-perpustakaan ini serta menggalakkan mereka menggunakan sumber perpustakaan bagi menyemai tabiat membaca.

Orang ramai boleh menyumbangkan buku-buku mereka sama ada yang lama mahupun yang baru di pejabat Majlis Belia Brunei yang terletak di No. 8 Block C3, Anggerek Desa Flat, Berakas, dari pukul 8 pagi hingga 4 petang semasa tempoh kempen tersebut. Sebarang pertanyaan boleh hubungi ketua projek, Leslie ditalian 8665155 atau email lesliechieng1992@gmail.com.

ARTIKEL YANG SAMA