Siswa UBD lawat Jabatan Mufti

Siswa UBD lawat Jabatan Mufti

Oleh Shifa M.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Sept – Dalam usaha membuka minda serta meluaskan pengetahuan tentang Islam, mahasiswa-mahasiswi Universiti Brunei Darussalam (UBD), baru-baru ini, telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Darul Ifta, Jabatan Mufti Kerajaan.

Lawatan tersebut disertai oleh mahasiswa-mahasiswi yang mengambil Modul PB-2303 Islam di Brunei, di Akademi Pengajian Brunei, UBD.

Melalui lawatan itu juga, mahasiswa-mahasiswi dapat mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah Islam, artifak-artifak dan kesenian Islam serta mendapat pengalaman yang berharga.

Gambar ramai para mahasiswa dan mahasiswi yang membuat lawatan sambil belajar ke Jabatan Mufti Kerajaan.
Gambar ramai para mahasiswa dan mahasiswi yang membuat lawatan sambil belajar ke Jabatan Mufti Kerajaan.

ARTIKEL YANG SAMA