Situasi penangkapan haram di Sungai Kabul

Situasi penangkapan haram di Sungai Kabul

PAKISTAN – Abbas Khan memasukkan wayar panas dari sebuah penjana kuasa yang sudah usang ke dalam sungai, satu teknik menangkap ikan yang beliau tegaskan lebih mesra alam berbanding teknik-teknik lain yang digunakan oleh orang lain di barat laut Pakistan, meskipun beliau juga mengakui bahawa teknik itu pernah mengorbankan beberapa orang kawannya.

Setiap hari beratus-ratus orang nelayan merisikokan nyawa mereka untuk menangkap ikan yang jarang didapati, dikenali sebagai ‘sher mahi’, yang terdapat di Sungai Kabul.

Sebahagian mereka berenang selama beberapa jam dengan menggunakan tiub, dengan mengheret beberapa jaring di belakang mereka. Ada sesetengah individu menggunakan teknik yang lebih brutal dan diharamkan: menyembur racun serangga ke dalam sungai, atau seperti Khan, menggunakan kuasa elektrik daripada penjana kuasa untuk memberikan kejutan elektrik kepada hidupan sungai.

Dan bagi mereka tidak mempunyai kesabaran, teknik yang lebih brutal tetapi berkesan, ‘bom Khatin’ yang dikenali sebagai bahan letupan.

Teknik-teknik yang salah ini merupakan satu ancaman kepada hidupan sungai, menurut seorang nelayan konvensional yang menyara kehidupan seharian mereka dengan menjual sher mahi, dianggap sebagai hidangan terbaik di barat laut Pakistan.

“Menangkap ikan dengan bahan letupan dan penjana kuasa akan membunuh kesemua hidupan sungai,” kata Ghani Ur Rehman.

Seperti berdozen-dozen nelayan sepertinya, nelayan berusia 58 tahun itu menghabiskan masa beberapa jam sehari dengan berenang di atas tiub, mengheret jaringnya di belakang, menangkap hanya beberapa kilogram pada satu masa. Beliau telah melakukan semua itu selama 25 tahun.

“Kini, jumlah ikan semakin berkurang dan sebab utama adalah meningkatnya aktiviti penangkapan ikan,” katanya.

Di sepanjang tebing Sungai Kabul, kelihatan beratus-ratus pelawat menikmati keseronokan hari keluarga, sambil menikmati hidangan ikan sher mahi dan ikan-ikan lain di beberapa buah pondok makan dan restoran.

Sher mahi, hanya boleh didapati di Sungai Kabul, Pakistan, boleh membesar sehingga 30 sentimeter.

Sesetengah nelayan berkata namanya datang daripada perkataan Parsi, ‘sheer’, atau ‘milk’, disebabkan rasanya kaya dengan minyak.

Rehman berkata bahawa pendapatan beliau adalah sekitar 600 hingga 1,000 rupee sehari, tetapi pendapatannya boleh mencapai sehingga 10,000 rupee jika didapati banyak ikan tersebut muncul.

Khan mengakui menggunakan penjaga kuasa di atas air adalah sesuatu yang bahaya, tetapi beliau sudah mempelajar cara yang betul untuk menggunakannya, meskipun tanpa memakai kelengkapan keselamatan.

Kelihatan para nelayan menggunakan tiub untuk berenang dan mengheret jaring. – AFP
Kelihatan para nelayan menggunakan tiub untuk berenang dan mengheret jaring. – AFP
Para nelayan mengemaskan kelengkapan mereka selepas menangkap ikan di Sungai Kabul. – AFP
Para nelayan mengemaskan kelengkapan mereka selepas menangkap ikan di Sungai Kabul. – AFP

“Beberapa orang kawan saya telah meninggal dunia kerana teknik itu, tetapi kami telah mempelajari bagaimana untuk menggunakannya dengan betul,” jelasnya, sebelum menunjukkan bagaimana memasang wayar-wayar pada batang besi dan kemudian memasukkannya ke dalam jaring di dalam air.

“Ia memberikan kejutan elektrik pada ikan dan kemudian ia timbul. Kami mengambil ikan itu dan memasukkan ke dalam peti,” kata Khan.

“Sesetengah orang menggunakan racun serangga untuk menangkap ikan, tetapi ia akan memusnahkan keseluruhan ikan. Ia juga meracun air dan membunuh kesemua hidupan di dalamnya,” jelasnya.

Masa semakin suntuk

Kerisauan Rehman dan Khan juga dirasakan oleh nelayan lain di Haji Zai, kawasan pinggir bandar Wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Peshawar.

Menangkap ikan dengan menggunakan bahan letupan telah diharamkan oleh pihak berkuasa pada tahun 1982, begitu juga dengan penggunaan penjana kuasa dan bahan kimia.

Khair Gul, merupakan datuk bandar Kampung Haji Zai dan beliau sendiri suka menangkap ikan. Menurut beliau, pihak berkuasa tidak begitu serius utnuk menghentikan nelayan-nelayan yang menggunakan teknik yang salah.

Ikan sher mahi, hanya boleh didapati di Sungai Kabul, Pakistan, boleh membesar sehingga 30 sentimeter. – AFP
Ikan sher mahi, hanya boleh didapati di Sungai Kabul, Pakistan, boleh membesar sehingga 30 sentimeter. – AFP
Seorang nelayan menggunakan penjana kuasa bagi menghasilkan elektrik. – AFP
Seorang nelayan menggunakan penjana kuasa bagi menghasilkan elektrik. – AFP

“Kami telah mengambil tindakan ke atas kumpulan-kumpulan nelayan haram itu, tetapi pegawai setempat biasa akan melepaskan mereka selepas menerima rasuah sebanyak 400 hingga 500 rupee (AS$5),” katanya.

“Penggunaan bahan letupan, penjana kuasa dan kimia beracuna bukan sahaja satu jenayah, malah ia juga bahaya terhadap kesihatan dan boleh menyebabkan penyakit. Kami meminta pihak kerajaan untuk mengharamkan teknik penangkapan ikan itu sepenuhnya,” jelasnya. Tetapi masalah berkenaan pengharaman itu semakin jelas selepas bercakap dengan para pegawai.

Sepasukan yang terdiri daripada sembilan orang mengawasi keseluruhan daerah di Peshawar, tanpa kenderaan, tanpa bot, dan tanpa sebarang kelengkapan, menurut seorang pegawai kanan kerajaan, Hidayat Shah, yang bekerja di jabatan perikanan kerajaan.

Pasukan Shah berjaya menyerahkan banyak kes ke atas lebih daripada 60 penangkapan haram dari tahun 2015 hingga 2016, merampas sekitar 23 buah penjana kuasa, tetapi terima kasih kepada sistem mahkamah yang lambat, belum satu kes pun diselesaikan.

Di Charsadda dan Nowshera, pasukan yang ditempatkan lebih kecil berbanding di Peshawar, menurut seorang lagi pegawai kerajaan.

Tetapi masa semakin suntuk, menurut para nelayan.

“Ia akan melenyapkan keseluruhan jumlah ikan jika penangkapan haram itu tidak dihentikan,” kata Khad Gul. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA