SK Hynix belanja AS$38 bilion pelaburan kilang

SK Hynix belanja AS$38 bilion pelaburan kilang

SEOUL, 25 Ogos (AFP) – SK Hynix Inc di Korea Selatan, pengeluar cip memori kedua terbesar dunia, mengumumkan hari ini ia akan membelanjakan 46 trilion won (AS$38 bilion) dalam pelaburan kilang dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Rancangan itu diumumkan oleh pengerusi SK Group Chey Tae-Won, baru dibebaskan daripada penjara oleh pengampunan presiden – pada majlis dedikasi untuk kilang cip baru di Icheon, 80 kilometer dari tenggara Seoul.

Kilang baru itu akan menarik pelaburan sebanyak 15 trilion won, dengan baki 31 trilion akan disalurkan pada pembinaan dua kilang cip tambahan – satu di Icheon dan satu lagi di bandar Cheongju.

SK Hynix melaporkan pertambahan sebanyak 65 peratus dalam keuntungan bersih suku kedua, terlepas anggaran penganalisis, tatkala permintaan lembap untuk komputer peribadi dan telefon pintar menyebabkan harga cip memori merosot.

Para pekerja tekun menjalankan tugas di kilang SK Hynix di Icheon, Korea Selatan, pada 25 Ogos 2015. – Reuters
Para pekerja tekun menjalankan tugas di kilang SK Hynix di Icheon, Korea Selatan, pada 25 Ogos 2015. – Reuters

Chey, 54, menerima pengampunannya pada 13 Ogos selepas menjalani hukuman penjara 31 bulan daripada 48 bulan kerana menggelapkan wang berjumlah 46.5 bilion won daripada dua anggota gabungan Kumpulan SK.

Presiden Park Geun-Hye berkata keputusannya untuk membebaskan Chey telahpun didorong oleh keperluan untuk “memulihkan ekonomi.”

ARTIKEL YANG SAMA