Skandal jatuhkan FIFA

Skandal jatuhkan FIFA

ZURICH, 26 Feb (Reuters) – Skandal yang melanda FIFA menyebabkan pendapatan badan induk bola sepak dunia itu susut AS$108 juta bagi tahun kewangan 2015, berpunca daripada faktor ‘kejatuhan kredibilitinya’, menurut jawatankuasa audit dan pematuhannya.

FIFA yang dicemari skandal rasuah membabitkan pegawai atasannya dan pada tahun lalu hampir sebahagian besar mereka didakwa di Amerika Syarikat (AS) atas sebab penipuan, penggubahan wang haram dan rasuah.

Pada Julai lalu, bekas Setiausaha Agung FIFA, Jerome Valcke, berkata begitu sukar untuk pihaknya memperbaharui penajaan dan tiada perjanjian utama akan diumumkan sehingga pemilihan presiden baharu bagi menggantikan Sepp Blatter pada 26 Februari.

Suketu Patel yang bertugas sebagai ahli bebas jawatankuasa audit dan pematuhan yang mengkaji laporan kewangan FIFA, menjadi pegawai pertama mendedahkan angka tepat penyata akhir kewangan tahun lalu.

“Dari segi kewangan, situasinya sangat kritikal kerana buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun, kewangan FIFA menunjukkan pengurangan AS$108 juta,” katanya.

Patel yang juga Naib Presiden Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF) berkata demikian pada sidang media calon CAF untuk pemilihan presiden.