Skandal Neyma...

Skandal Neymar tidak gugat presiden Barcelona

BARCELONA, 17 Mei – Presiden Barcelona Josep Maria Bartomeu (gambar) semalam menegaskan dia akan kekal dalam jawatannya biarpun pertemuannya yang akan datang dengan hakim membabitkan kes pertukaran Neymar.

“Kepada mereka yang berkata pasukan pengurusan atau saya memikirkan mengenai peletakan jawatan, saya berkata kami belum berhasrat untuk melakukannya,” Batomue, 54, memberitahu peminat yang memiliki pegangan dalam kelab dikenali sebagai ‘socios’.

“Kami merasakan kami berada dalam kedudukan yang sah untuk terus membuat keputusan kelab dan kami seharusnya meneruskan dengan semangat dan tenaga.”

Bartomeu mengambil alih pada 2015 selepas mantan Sandro Rosell dipaksa keluar gara-gara skandal yang menyelubungi perpindahan kapten Brazil itu.

Sepuluh hari lalu, Neymar, bekas kelabnya Santos, Barcelona, Bartomeu dan Rosell semuanya dimaklum akan dibicarakan dalam siasatan terhadap perpindahan tahun 2013.

Presiden Barcelona sekarang, merasakan pemain dan Barcelona adalah mangsa konflik kepentingan antara pihak berkuasa cukai Brazil dan Santos.

Ketibaan Neymar dari Santos adalah satu kejayaan besar bagi juara Sepanyol di atas padang tetapi mimpi ngeri kehakiman menjejaskannya.

Kes itu bermula dengan aduan syarikat pelaburan Brazil DIS yang memiliki 40 peratus daripada hak sukan Neymar pada masa perpindahan.

DIS menerima hanya 6.8 juara euro atau 40 peratus daripada 17 juta euro dengan syarikat mendakwa ia melakukan penipuan dari saham sebenar kerana sebahagian yuran perpindahan dirahsiakan oleh Barcelona, Santos dan keluarga Neymar.

Mahkamah mengesyaki Santos sebenarnya membayar 25 juta euro, yang bermakna DIS melakukan penipuan 3.5 juta euro. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA